Pelajari Rahsia-Rahsia Penyakit Melalui Jari Anda
Manusia memang tidak pernah lari dari diserang penyakit. Ada kalanya penyakit itu adalah sakit yang tidak membahayakan tetapi ada juga penyakit yang dihadapi boleh meragut nyawa. Walau apapun, kita sebagai manusia hanya mampu mencegah dan merawat penyakit tetapi tidak mampu untuk menghalang penyakit dari menyerang kita.
Sebenarnya terdapat pelbagai cara untuk kita mengetahui penyakit yang anda pada kita dan juga terdapat pelbagai cara untuk kita merawatnya. Kaedah-kaedah ini banyak ditulis di majalah-majalah untuk diperguna dan diamalkan oleh kita tetapi jangan pula kita terlalu memandai-mandai kerana rawatan di hospital dan klinik juga penting.
Apa yang NotaHati ingin kongsikan hari ini adalah bagaimana kita mengesan dan mengetahui penyakit yang ada pada tubuh kita berdasarkan jari.
Asas 5 jari
Berikut adalah jari yang mewakili organ pada tubuh badan kita.
Jari telunjuk : usus
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang
Jari tengah : Jantung
Jari Manis : Imuniti
Jari kelingking : Rahim/Tulang Belakang
Cuba anda lihat pada ruas jari-jari anda. Kalau ruas jari kehitaman itu maknanya badan kita ini penuh dengan racun dan toksik. Perkara tersebut boleh menyebabkan badan kita dijangkiti sembelit.
Seterusnya, kalau anda sebagai seorang wanita, cara untuk tengok sistem dalaman perempuan kita pula, adalah dengan melihat pada jari kelingking kita. kalau jari kita meruncing atau bengkok, maknanya haid tidakteratur, keputihan, senggugut, dan berkemungkinan rahim kita jatuh. Kalau tapak tangan berbintik maknanya masalah angin.
Selain itu, pernah tidak anda mengalami masalah tapak tangan berpeluh atau lembab ? Jika ya, itu tandanya badan kita mudah diserang sel-sel kanser.
Jika perut ibu jari berwarna biru kehijauan maknanya seseorang itu mengalami masalah resdung, alergi, dan penyakit paru-paru. Sekiranya, perut ibu jari ada urat hijau kebiruan maknanya anda seorang penghidap gastrik.
Selain itu, urat biru /hijau pada pergelangan tangan, tapak tangan, sepanjang jari dan betis kaki maknanya seseorang itu mengidapi stress atau tekanan dalam kehidupan sehariannya.
Seterusnya, ini yang paling menarik untuk kita tengok sekiranya kita sebagai seorang wanita. cuba anda tengok pada kuku setiap jari anda. Jika terdapat bulan sabit berwarna putih di setiap jari anda bermakna anda mengalami hormon yang tidak seimbang.
Tetapi berlainan pula sekiranya anda mempunyai bulan sabit yang berwarna putih itu hanya pada ibu jari sahaja, itu menandakan anda seorang yang sihat.
Sama-sama kita renungkan ini. Ramai manusia yang mengorbankan kesihatan pada satu ketika untuk mendapatkan wang ringgit, tetapi akhirnya terpaksa mengorbankan wang ringgit untuk mendapatkan kembali kesihatan yang hilang.
Walau apapun, diingatkan. Artikel ini hanyalah sebagai bahan rujukan dan bukannya 100% betul. Untuk mendapatkan jawapan yang lebih tepat anda perlulah berjumpa dengan doktor-doktar pakar untuk pengesahan.
Moral: Jagalah kesihatan kita. Ia anugerah yang tidak ternilai dari yang Maha Esa
Read more: Nota Hati
No comments:
Post a Comment